Siapa Saya?

Saya Aminul Rashid Jamil. Saya Seorang Pengamal Perubatan Alternatif, Saya berkecimpung sejak tahun 2004 yang lalu Dan Aktif merawat & mengajar Dari tahun 2012

Saya Sudah merawat pelbagai orang & pesakit sejak 2004 lagi, sudah beribu orang yang telah saya bantu. Saya juga sudah mengajar Ribuan murid seluruh malaysia, brunei, Singapore & belanda.

Pengasas Teknik Urutan saraf Al Amin

Saya Aktif Sejak Dari tahun 2012

Saya menempuh banyak ranjau untuk menjadi mahir dalam urutan, pada waktu dulu sukar untuk mencari guru urutan, banyak yang ingin menutup dari berkongsi.

Tetapi dari waktu ke waktu Allah bukakan banyak jalan untuk saya memahami ilmu urutan, sehingga bukan sahaja saya boleh merawat (dengan izin Allah), bahkan saya juga diberi kemahiran untuk menyampaikan ilmu urutan dengan cara yang mudah untuk di fahami.

Bermula dari merawat ayah yang sakit, kemudian kawan ayah, jiran tetangga sehinggalah tersebar luas kepada masyarakat, Alhamdulillah.

Kini saya mula berkongsi ilmu kerana saya percaya di luar sana ramai orang yang memerlukan ilmu ini untuk keluarganya, seperti saya juga diwaktu dulu

Pada Oktober 2019, TV Al Hijrah pernah datang ke Pusat Terapi saya membuat rakaman tips kesihatan

Pada Mac 2020, saya menerima jemputan dari Mingguan Wanita. Saya berkongsi tips masalah Carpal Tunnel Sindrom

Menerima kunjungan daripada Mingguan Wanita yang ingin membuat rakaman di Pusat Terapi saya